5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya


Pemain bola sepak Malaysia paling kaya - Tidak dinafikan kerjaya sebagai pemain bola sepak Malaysia boleh menjanjikan gaji lumayan jika memiliki bakat luar biasa dan mampu bermain di peringkat tertinggi secara konsisten.

Sebelum revolusi bola sepak Malaysia mula dicetuskan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sekitar 7 tahun lalu, skala gaji para pemain bola sepak Malaysia agak rendah dan jarang mencapai ribuan ringgit apatah lagi sehingga mencecah ratusan ringgit.

Kini gaji pemain para peringkat liga utama Malaysia begitu menakjubkan sekali. Ada kelab gergasi Malaysia sanggup membayar gaji pemain sehingga ratusan ribu sebulan.

Perubahan lanskap bola sepak di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan kita. Lihat saja kejayaan yang dicapai oleh JDT sehingga mencipta rekod kejuaran Liga Super 7 kali berturut-turut sejak 2014.

Di sini kami senaraikan lima (5) pemain bola sepak Malaysia yang paling kaya berdasarkan gaji atau pendapatan mereka daripada kelab masing-masing. Adakah pemain kegemaran anda termasuk dalam senarai di bawah?

Disclaimer: Maklumat yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan carian di internet dan mungkin terdapat perbezaan daripada maklumat yang sebenar. Rujukan utama ialah contentcreator.my

5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya

5. Baddrol bin Bakhtiar

Baddrol beraksi dengan pasukan Kedah sejak 2006 hingga kini. Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1988 dan kini berumur 32 tahun.

Merupakan salah seorang pemain tengah terbaik Malaysia yang pernah dihasilkan kerana memiliki keupayaan mengawal tempoh perlawanan selain mempunyai ketepatan hantaran yang tinggi ketika menyerang (final third).

Beliau dilaporkan menerima gaji lumayan mencecah RM95,000 sebulan. Antara koleksi kereta paling mewah Baddrol ialah Audi A4 berharga melebihi RM300 ribu.

4. Norshahrul Idlan bin Talaha

Norshahrul yang lebih dikenali dengan nama panggilan Mat Yo kini beraksi dengan pasukan liga utama Thailand iaitu BG Pathum United sejak pertengahan Januari 2020.

Beliau dilahirkan pada 8 Jun 1988 dan kini berumur 34 tahun.

Merupakan antara penyerang yang dianggap paling berbisa di Malaysia setanding dengan Safee Sali dan Zainal Abiddin Hassan.

Turut dilaporkan gaji paling tinggi beliau pernah terima ialah RM100,000 sebulan. Sama seperti Baddrol, Mat Yo juga memiliki koleksi kereta jenama Audi dengan model A7 berharga melebihi RM500 ribu.

3. Safiq Rahim

Safiq Rahim yang pernah bermain dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) selama 5 musim kini beraksi dengan pasukan Melaka United sejak November 2018.

Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1987 dan kini berumur 33 tahun.

Selain dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Malaysia dalam generasi seusianya, Safiq juga terkenal dengan keupayaannya menjaringkan gol-gol penting perlawanan.

Dilaporkan gaji paling tinggi beliau pernah terima ialah RM120,000 sebulan. Safiq memiliki kereta Ford Mustang G500 berharga melebihi RM400 ribu.

2. Akhyar Rashid

Pemain bola sepak Malaysia kedua yang menerima gaji paling tinggi ialah Akhyar Rashid atau nama penuhnya Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid.

Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1999 dengan usianya kin menjangkau 21 tahun.

Beliau beraksi dengan kelab gergasi, Johor Darul Ta'zim (JDT) sejak Disember 2018 dan posisinya ialah sayap (winger).

Dilaporkan beliau kini menerima gaji lumayan mencecah RM120,000 sebulan. Antara koleksi kereta Akhyar ialah Honda C-HR berharga melebihi RM150 ribu.

1. Safawi Rasid

Merupakan pemain bola sepak malaysia yang menerima gaji paling tinggi tahun 2020. Safawi Rasid yang kini sedang dipinjamkan kepada kelab liga utama Portugal, Portimonense sejak Oktober 2020, dilahirkan pada 5 Mac 1997 dan berumur 22 tahun.

Posisi beliau sama seperti Akhyar Rashid iaitu sayap (winger). Dilaporkan Safawi kini menerima gaji lumayan mencecah RM130,000 sebulan. Antara koleksi kereta beliau ialah Mercedez Benz CLA 250 berharga melebihi RM250 ribu.


0 Response to "5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya"

Catat Komen