Keputusan Markah Minggu 9 Konsert Gegar Vaganza 7 (2020)

Keputusan Markah Minggu 9 Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) | Pertandingan Gegar Vaganza 2020 musim ketujuh (GV7) kini telah memasuki minggu ke-9 (peringkat separuh akhir) pada hari Ahad, 6 Disember 2020 dengan menyaksikan para peserta yang masih bertahan akan membuat persembahan vokal mengikut tugasan lagu masing-masing

Untuk pengetahuan, persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-9 ini hanya berbaki 7 peserta berikutan penyingkiran Haslinda, Indigo, Eva, Nomad, Rozita Izlyn, Aju Success dan yang terbaru Yantzen pada konsert minggu-minggu yang lalu selepas mendapat markah terendah berdasarkan penilaian juri tetap.

Yantzen merupakan peserta terbaru yang tersingkir minggu lepas selepas mendapat markah terendah iaitu 44.50% sahaja dengan perbezaan jarak markah yang agak jauh sebanyak 11.20% berbanding Cliff Umar.

     Keputusan Gegar Vaganza 2020 minggu 5

Konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), turut disiarkan secara eksklusif selama 10 minggu menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.


Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Pengarah Muzik terkenal, Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap di samping Datuk Khadijah Ibrahim dan dua orang lagi juri undangan yang akan diperkenalkan setiap minggu.

Gegar Vaganza 7 (GV7) masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara bersama walaupun sering terpalit dengan kontroversi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.


Berikut ialah keputusan markah peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 9:

Tema Minggu Ke-9: Outstation
Peringkat: Separuh Akhir

1. Oja: Biso Benar (Hattan) & Fantasia Musim Cinta (Iwan) – 69.90% (tertinggi)

2. Muss: Rock You Like Hurricane (Scorpions) & Kasih (Hetty Koes Endang) – 68.50%

3. Linda Nanuwil: Anak (Freddie Aguilar) & Teruskanlah (Agnes Monica) – 68.30%

4. Ashira: Don’t Speak (No Doubt) & Peluang Kedua (Nabilla Razali) – 65.40%

5. Ayu Damit: Skyfall (Adele) & Dia (Sheila Majid) – 65.30%

6. Noraniza Idris: Chaiyya Chaiyya (Shah Rukh Khan) & Bisikan Cinta (Anita Sarawak) – 55.10%

7. Cliff Umar: Hoi Fut Tin Hung (Beyond) & Tercipta Untukku (Ungu) – 55.00% (terendah)
Secara automatik Oja yang berada di tangga pertama, menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.

Di awal rancangan, Muss yang menyanyikan lagu Seragam Hitam di pentas suku akhir diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi kerana mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu lalu.

Linda Nanuwil pula menerima Anugerah Bintang CUCKOO Healthy Home pada minggu ini selepas menerima kicauan (tweet) dengan hashtag paling banyak di laman sosial Twitter sepanjang siaran langsung.

0 Response to "Keputusan Markah Minggu 9 Konsert Gegar Vaganza 7 (2020)"

Catat Komen